Thursday 28 May 2015

Cara Meningkatkan Komplian Ubat- Perlu ke makan ubat 3

1) Bekerjasama dengan staf kesihatan

Setiap pesakit tidak boleh mengharapkan rawatan yang terbaik sekiranya mereka berdiam diri atau tidak bekerjasama semasa rawatan diberikan. Ini sering dilakukan oleh pesakit golongan tua kerana mereka menganggap bahawa tanggungjawab rawatan terletak di bahu doktor. Tanggapan ini salah kerana rawatan masa kini memerlukan persefahaman dan persetujuan pesakit tentang cara rawatan yang akan diberikan.

2) Berikan maklumat tambahan sekiranya perlu

Maklumat tambahan yang sering diperlukan adalah :
  • Jenis dan jumlah ubat yang telah diambil dalam tempoh enam bulan terdahulu
  • Nama ubat yang telah dan sedang diambil untuk sebarang penyakit dihidapi.
  • Kesan positif dan negatif ubat yang telah dan sedang diambil. Adakah masalah komplian pernah berlaku?
  • Semua kesan alahan yang dihidapi dan rawatan ubat yang diberi.
  • Semua jenis ubat lain yang diambil seperti vitamin, ubat tradisional atau jamu.

1 comment:

  1. Play live casino games at ICE! - Oyster Hotel Reviews
    Explore the thrill 가상화폐추천 of live 바카라양방 casino games 딥 슬롯 트위터 at ICE! Enjoy table 바퀴벌레 포커 games like blackjack, roulette, video poker and more. 골드머니 Our live casino tables are great

    ReplyDelete