Wednesday 5 October 2016

Tahukah anda yang mana nama sebenar ubat?

Mungkin kita selalu nampak pada kotak ubat tulisan yang terpampang. Itulah yang kita baca.

Bagaimana kita nak pastikan nama ubat yang sebenar?

Macam kita juga ada nama yang ditulis dalam surat beranak tapi bila bercakap kita panggil nama lain. Contohnya dalam surat beranak nama Siti Kamilah tapi dalam keluarga dipanggil Kak Ngah, dengan kawan-kawan panggil Mila, dengan kekasih panggil Honey. Banyak mana sekalipun nama, nama dalam surat beranak yang betul dan digunakan untuk tujuan rasmi, surat menyurat dan lain-lain. Yang penting nama dalam surat beranak tidak berubah walau ke mana kita pergi dan walau sudah lanjut usia.

Oleh itu, penting kita mengetahui nama sebenar ubat kerana ia tidak berubah walaupun ke mana sahaja kita pergi.

Ubat juga mempunyai nama sebenar dan nama panggilan.

Nama sebenar ubat dikenali juga nama generik manakala nama panggilan boleh dikenali dengan nama dagangan (nama brand/ jenama)

Nama generik ubat dikenali samaada terdapat berat pada hujung namanya,

Contohnya:
1) Promethazine HCl 25mg
2) Chlorpheniramine maleate 2mg/5ml

atau ditulis 'active ingredient'

Contoh:
1) Active ingredient: Mefenamic Acid 250mg
2) Salbutamol 2mg (as active ingredient)

atau biasanya saiz tulisannya lebih kecil berbanding nama dagangan ubat.

Cuba lihat gambar ubat yang dipaparkan. Yang mana satu nama generik? Jawapannya atorvastatin.

Selamat kenali ubat anda!
Jumpa lagi!