Wednesday 5 October 2016

Tahukah anda yang mana nama sebenar ubat?

Mungkin kita selalu nampak pada kotak ubat tulisan yang terpampang. Itulah yang kita baca.

Bagaimana kita nak pastikan nama ubat yang sebenar?

Macam kita juga ada nama yang ditulis dalam surat beranak tapi bila bercakap kita panggil nama lain. Contohnya dalam surat beranak nama Siti Kamilah tapi dalam keluarga dipanggil Kak Ngah, dengan kawan-kawan panggil Mila, dengan kekasih panggil Honey. Banyak mana sekalipun nama, nama dalam surat beranak yang betul dan digunakan untuk tujuan rasmi, surat menyurat dan lain-lain. Yang penting nama dalam surat beranak tidak berubah walau ke mana kita pergi dan walau sudah lanjut usia.

Oleh itu, penting kita mengetahui nama sebenar ubat kerana ia tidak berubah walaupun ke mana sahaja kita pergi.

Ubat juga mempunyai nama sebenar dan nama panggilan.

Nama sebenar ubat dikenali juga nama generik manakala nama panggilan boleh dikenali dengan nama dagangan (nama brand/ jenama)

Nama generik ubat dikenali samaada terdapat berat pada hujung namanya,

Contohnya:
1) Promethazine HCl 25mg
2) Chlorpheniramine maleate 2mg/5ml

atau ditulis 'active ingredient'

Contoh:
1) Active ingredient: Mefenamic Acid 250mg
2) Salbutamol 2mg (as active ingredient)

atau biasanya saiz tulisannya lebih kecil berbanding nama dagangan ubat.

Cuba lihat gambar ubat yang dipaparkan. Yang mana satu nama generik? Jawapannya atorvastatin.

Selamat kenali ubat anda!
Jumpa lagi!

Wednesday 24 August 2016

Cara Mengatasi Masalah Nak Makan Ubat

Masalah tika nak makan ubat boleh diatasi melalui beberapa cara iaitu:

1) Ketahui fungsi ubat yang kita makan.

Pesakit akan lebih yakin jika mengetahui fungsi ubat yang dimakan. Contohnya ubat A untuk kencing manis, ubat B untuk darah tinggi.

Jika ubat itu hanya perlu diambil bila perlu, tak perlulah setiap hari nak makan. Contohnya ubat tahan sakit hanya diambil ketika sakit sahaja/ ubat batuk ketika batuk sahaja. Kalau pesakit tak tahu fungsi ubat bagaimana nak tahu bila ubat tu perlu dimakan?

2) Fahami mengapa ubat perlu dimakan pada masa yang ditetapkan.

Sesetengah ubat perlu dimakan pada masa yang ditetapkan. Contohnya ubat kolesterol perlu diambil waktu malam sebelum tidur. Ini kerana ketika tidur, badan akan memulakan proses pembentukan kolesterol. Kesan daripada ubat yang dimakan akan menghalang proses pembuatan ini, sekaligus mengurangkan kolesterol dalam badan.

Contoh lain adalah ubat antibiotik yang perlu dihabiskan.

3) Ambil masa untuk mendapat penerangan semasa mengambil ubat di farmasi.

Biasanya pesakit yang menunggu lama untuk mendapat rawatan bersama doktor di hospital/ klinik sudah malas untuk menunggu mendengar penerangan ketika mengambil ubat di farmasi.

" Dah ada tulis kan?" Beginilah soalan yang biasa diajukan di farmasi setelah diberi penerangan yang berjela-jela. Ada sesetengah tu mengangguk-angguk je. Kalau faham ok la. Kadang-kadang nama orang lain pun angguk juga. Ni tahap tak ambil cakna, sampai nama sendiri pun tak prihatin. Alih-alih ambil ubat orang lain.

Ingat, tak semua penerangan yang diberikan tertulis pada label sampul ubat. Setakat berapa kali perlu makan ubat tu ada lah. Masa ni lah nak tanya kesan sampingan ke apa ke.

Masalah makan ubat

Ada beberapa isu di sini yang menyebabkan pesakit tak mahu makan ubat

1) Tak yakin dengan keberkesanan ubat.
2) Pengaruh daripada orang lain yang mengatakan kurang berkesan/ ada kesan sampingan yang serius seperti sakit buah pinggang.
3) Lebih percaya ubat kampung/ ubat yang diberitahu keberkesanannya melalui mulut ke mulut.
4) Ubat terlalu banyak.
5) Merasakan sudah sihat.
6) Berasa tidak selesa dengan kesan ubat.
7) Sukar nak potong ubat bagi ubat yang perlu diambil separuh.

Isu ini menyebabkan pesakit

1) Mengambil ubat kurang dos. Contohnya ubat yang perlu diambil 2 biji hanya diambil sebiji.

2) Mengambil ubat kurang frekuensi.
Contohnya ubat yang perlu diambil 2 kali sehari hanya diambil sekali sahaja.

3) Tidak mengambil ubat langsung atau diambil ketika rasa nak makan.

Tuesday 23 August 2016

Tips Elak Terlupa Makan Ubat

Biasanya pesakit mudah terlupa makan ubat. Lagi2 kalau banyak jenis ubat yang perlu dimakan. Pesakit yang ada penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis perlu memakan ubat setiap hari untuk mengawal penyakit.

Ada beberapa tips untuk memudahkan mengingati pengambilan ubat setiap hari. Antaranya:

1) Tetapkan reminder

Yang ni paling mudah. Hampir semua orang ada handset. So, set kan jam berapa perlu makan ubat. Bagaimana pula kalau tiada handset? Bolehlah minta bantuan keluarga yang tinggal bersama samada suami/ isteri/ anak/ sesiapa sahaja.

2)  Simpan ubat di tempat yang mudah nampak/ senang diambil/ dekat

Biasanya kita terlupa jika ubat yang kita simpan terletak jauh. Seeloknya jika ubat perlu dimakan sebelum tidur, simpanlah dalam bilik atas rak atau laci asalkan tempat itu dingin dan kering serta jauh daripada cahaya matahari. Kena ingat, jangan pula mudah dicapai oleh kanak- kanak. Bahaya tau...

3) Minta bantuan keluarga/ rakan yang tinggal bersama

Minta keluarga untuk memperingati waktu pengambilan ubat. Jika di tempat kerja boleh minta bantuan rakan.