Thursday 28 May 2015

Komplian- Perlu ke makan ubat

Perlu ke kita ambil ubat hari-hari? Tak bahaya ke? Boleh baik ke makan ubat ni? 

Pernah tak kita terfikir soalan begini semasa nak makan ubat. Mungkin ramai yang bertanggapan seperti ni. 

Sebenarnya pemikiran kita juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita. Oleh itu, sangat wajar bagi kita untuk berfikiran positif. Bukan itu yang saya nak ditekankan di sini tetapi komplian terhadap ubat. Komplian tu maksudnya kepatuhan kita dalam mengambil ubat-ubatan. Sejauh mana kita mengambil ubatan seperti yang diarahkan. Contohnya ubat yang diarahkan untuk dimakan dua kali sehari sehingga 5 hari berturut-turut. Jika kita hanya ambil selama 3 hari maka situasi ini dikatakan tidak komplian.

Terdapat beberapa keadaan di mana cara pengambilan ubat boleh dianggap sebagai tidak komplian. Antara keadaan yang paling kerap dilakukan adalah pesakit tidak mengambil ubat dengan sengaja mahupun sebaliknya. 

Antara sebab yang boleh berlakunya tidak komplian ini adalah 

1)Pesakit terlupa akan jadual pengambilan ubat 

2) Pesakit gagal untuk mendapatkan bekalan ubat selanjutnya.

3) Pesakit rasa tidak selesa pada kesan sampingan ubat.

4) Tidak memahami kepentingan pengambilan ubat tanpa bertanya dengan lebih lanjut tentang ubat yang diambil.

Antara sikap yang tidak bijak dalam pengambilan ubat-ubatan adalah:

1) Meningkatkan atau mengurangkan dos dengan sengaja. Contohnya ubat perlu dimakan sebiji tetapi dimakan 2 biji. Kononnya untuk cepat sembuh. Situasi ini sangat bahaya kerana sesetengah ubat boleh menyebabkan overdos atau badan menerima amaun ubat yang lebih daripada yang diperlukan seterusnya memberi kesan yang tidak diingini.

2) Mengambil ubat bukan atas tujuan yang dibenarkan. Contohnya ubat untuk mengawal paras gula tetapi digunakan untuk tujuan lain seperti menurunkan berat badan. Keadaan ini membahayakan juga kerana boleh membawa kesan lain seperti penurunan paras gula yang menyebabkan kita sering keletihan.

3) Kesilapan dalam kekerapan mengambil ubat. Contohnya ubat darah tinggi yang perlu dimakan 3 kali sehari tetapi kita hanya ambil sekali sehari je. Keadaan ini menyebabkan kita tak cukup dos ubat tersebut mengakibatkan tekanan darah tidak dapat turun pada paras normal.

4) Mengambil ubat dengan cara yang salah. Contohnya ubat insulin yang perlu disuntik sendiri salah cara suntikannya menyebabkan ubat tidak masuk sepenuhnya.

5) Mengambil ubat-ubatan dipreskrib dan tidak dipreskrib tanpa nasihat dari profesional. Contohnya mengambil ubat ikut suka hati je..

6) Mengambil baki ubat atau berkongsi ubat dengan pesakit lain tanpa mengetahui diagnosis sebenar penyakit yang dihidapi. Contohnya kita mengambil ubat rakan kita untuk pening sedangkan ubat itu untuk mengawal tekanan darah tinggi akibat pening.

7) Mengambil ubat yang dipreskrib sebelumnya dan bukannya ubat yang dipreskrib berdasarkan diagnosis terkini. Hal ini biasanya terjadi apabila kita meneruskan pengambilan ubatan terdahulu sedangkan ubat itu hanya diambil bila perlu sahaja dan tidak mengambil ubat yang baru dapat. Kononnya nak habiskan ubat lama. Contohnya ubat selsema masih diambil tetapi kita ke klinik untuk demam dan sudah diberi ubat untuk merawat demam.

Kesemua contoh yang disenaraikan boleh mengakibatkan kesan buruk dan membahayakan pengambilnya.

Perasan tak kita apabila pergi  ke klinik sukar untuk kita dengar nasihat daripada staf kesihatan untuk komplian pada ubat tetapi jika ubat yang dipromosikan di corong radio boleh pulak kita beli dengan harga yang agak mahal dan sanggup telan padahal kesasihan status keselamatan penggunaan ubat tersebut kita tak tahu pun.

Untuk maklumat lebih lanjut layari www.knowyourmedicine.com

No comments:

Post a Comment