Saturday 28 October 2017

Cara Bancuh Ubat Minum Antibiotik

Ubat antibiotik ada juga yang diberi dalam bentuk serbuk. Semasa ambil ubat tu akan diterangkan cara nak bancuh. Takkan nak minum debu...

Apsal ye kena bancuh-bancuh plak. Kenapa tak buat dalam bentuk cecair terus? Haah nak tahu kenapa?  Sesetengah ubat antibiotik tidak stabil dalam bentuk cecair. Bukan semua pun. Jangan ingat semua ubat antibiotik plak.
Bila tak stabil, ubat cepat rosak. Bila dah rosak jawabnya tak berkesan dah ler ubat tu lagi. Kalau ambil juga, sia-sia je. Buat sakit tekak nak telan je..

Kadang-kadang bila dah balik rumah, dah lupa semula macam mana nak bancuh.

Caranya mudah aje.
1. Pastikan serbuk ubat digoncang terlebih dahulu untuk memastikan ubat tidak melekat satu sama lain.
2. Masukkan sedikit air (yang telah dimasak dan disejukkan).
3. Goncang sehingga larut.
4. Tambahkan air sehingga takat penanda. Goncang.
5. Dah siap. Boleh ambil dos mengikut seperti diarahkan.

Pastikan air berada pada paras bertanda dan tidak terlebih atau terkurang. Ini memastikan ubat yang diambil pada dos yang betul.

Penyimpanan Ubat
Setelah dibancuh ubat perlu disimpan di dalam peti sejuk (2-8'C) bagi mengekalkan stabiliti dan perlu dibuang setelah 7 hari. JANGAN simpan pada bahagian sejuk beku.

Serbuk ubat yang belum dibancuh perlu di simpan pada suhu bilik.

Ihsan gambar google.