Wednesday 24 August 2016

Cara Mengatasi Masalah Nak Makan Ubat

Masalah tika nak makan ubat boleh diatasi melalui beberapa cara iaitu:

1) Ketahui fungsi ubat yang kita makan.

Pesakit akan lebih yakin jika mengetahui fungsi ubat yang dimakan. Contohnya ubat A untuk kencing manis, ubat B untuk darah tinggi.

Jika ubat itu hanya perlu diambil bila perlu, tak perlulah setiap hari nak makan. Contohnya ubat tahan sakit hanya diambil ketika sakit sahaja/ ubat batuk ketika batuk sahaja. Kalau pesakit tak tahu fungsi ubat bagaimana nak tahu bila ubat tu perlu dimakan?

2) Fahami mengapa ubat perlu dimakan pada masa yang ditetapkan.

Sesetengah ubat perlu dimakan pada masa yang ditetapkan. Contohnya ubat kolesterol perlu diambil waktu malam sebelum tidur. Ini kerana ketika tidur, badan akan memulakan proses pembentukan kolesterol. Kesan daripada ubat yang dimakan akan menghalang proses pembuatan ini, sekaligus mengurangkan kolesterol dalam badan.

Contoh lain adalah ubat antibiotik yang perlu dihabiskan.

3) Ambil masa untuk mendapat penerangan semasa mengambil ubat di farmasi.

Biasanya pesakit yang menunggu lama untuk mendapat rawatan bersama doktor di hospital/ klinik sudah malas untuk menunggu mendengar penerangan ketika mengambil ubat di farmasi.

" Dah ada tulis kan?" Beginilah soalan yang biasa diajukan di farmasi setelah diberi penerangan yang berjela-jela. Ada sesetengah tu mengangguk-angguk je. Kalau faham ok la. Kadang-kadang nama orang lain pun angguk juga. Ni tahap tak ambil cakna, sampai nama sendiri pun tak prihatin. Alih-alih ambil ubat orang lain.

Ingat, tak semua penerangan yang diberikan tertulis pada label sampul ubat. Setakat berapa kali perlu makan ubat tu ada lah. Masa ni lah nak tanya kesan sampingan ke apa ke.

No comments:

Post a Comment